simple calendar

Kailan Ikan Masin

1234

Bahan-bahan :

  • 1 ikat Sayur Kailan
  • 3 hiris (1 cm lebar) ikan tenggiri jeruk
  • 1 ulas bawang besar-hiris
  • 5-6 biji cili api-hiris
  • 1 biji lada merah-hiris

Cara-cara

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak ke dalam kuali.
  2. Masukkan tenggiri jeruk dan goreng hingga masak.Api sederhana.
  3. Ketepikan ikan tenggiri dan masukkan pula bawang besar,lada merah dan cili api yang telah dihiris.
  4. Besarkan api dan masukkan sayur kailan yang telah dipotong.Kacau sebentar,tutup api dan hidangkan bersama tomyam dan nasi panas.

Thai-Style Tom Yum Pak

1231

Bahan-bahan :

  • 3 1/2 cwn stok ayam
  • 3 thin slices lengkuas muda
  • 2 keping daun limau purut (kaffir lime leaves)
  • 1 btg serai – di titik
  • 2 biji bawang merah – dihiris nipis
  • 1 sb roasted chili paste (roasted tom yum paste)
  • 2 sb sos ikan (fish sauce)
  • 3 sb jus limau nipis
  • 4 biji tomato – dibelah empat
  • 6 biji Thai chilies
  • 10 cendawan tiram segar (fresh straw mushrooms)
  • 1 cwn bunga kobis – dipotong sederhana besar
  • 1 cwn putik jagung muda (baby corn) + lobak merah (carrot) – dipotong panjang
  • 1 sb daun ketumbar (cilantro) – dicincang
  • 1 sb daun bawang (spring onion) – thinly sliced

Cara-cara

  1. Panaskan stok ayam di dalam kuali. Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
  2. Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis. Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
  3. Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram. Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
  4. Boleh dihidangkan.
  5. Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

Spaghetti Sos

2

Bahan-bahan :

  • 300gm daging cincang
  • 1 ulas bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji tomato *
  • 1 sd kecil basilikum kering
  • 1 sd kecil oregano kering
  • 1 kiub chicken stok
  • 1 biji capsicum *
  • 500gm pes tomato
  • Sedikit garam.
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Potong dadu utk semua bahan yang bertanda *
  2. Kemudian panaskan minyak. Bila minyak dah panas tumiskan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
  3. Bila bawang dah wangi masukkan pula capsicum yg dipotong dan kacau rata..5min kemudian masukkan pula tomato yg dipotong.. Masak hingga tomato hancur..
  4. Bila semua bahan dah sekata barulah masukkan daging cincang. Masak hingga separuh kering..
  5. Kemudian masukkan pes tomato,chicken stok,sedikit garam,oregano dan basilikum..adjust rase..
  6. Biarkan mendidih sambil2 tu kacau2 sikit.
  7. Lebih kurang 10min siap untuk dihidang dgn spaghetti..

Chicken Drummet

chic

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg kepak ayam
  • 1 biji telur
  • * 1 1/2 cwn tepung
  • * 1 sb tepung jagung
  • * 1 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk cajun seasoning
  • sedikit lada sulah
  • garam

Cara-cara

  1. Bersihkan kepak ayam, potong 2… supaya dapat byk ehehehheh.. Buang bahagian yg hujung… Toskan air…. kalau boleh lap ngan towel kitchen.
  2. Gaulkan kepak ayam dgn lada sulah, cajun seasoning n sedikit garam…. Biarkan kejap… kira mcm peraplah….
  3. Gaul semua bahan bertanda * ketepikan sat.
  4. Pecahkan telur, celup ayam dlm telur lepas tu gaul lak dlm campuran tepung…. Pastikan semua bahagian terselaput sepenuhnyer dgn tepung…. n goreng….
  5. Sebab ni resepi tuk kids.. so tak pedas…. kalau nak pedas leh tambah…. serbuk paprika ker serbuk cili or serbuk kari….. tambah kat salutan tepung….

Cherry Blossom Pudding

123

Bahan-bahan :

  • 10gm agar-agar (strips)
  • 10 biji buah laici (dlm tin)
  • 21/4 cwn air
  • 1 cwn sirap buah laici (air buah laici yg di dlm tin)
  • Gula secukupnya (sy letak 2/3 cwn)
  • sedikit pewarna merah (optional) (sy guna pewarna merah ceri Nur)
  • ceri merah – dipotong dua

Cara-cara

  1. Rendam agar agar selama lebih kurang 1 jam.
  2. Gunting buah laici sehingga menjadi bentuk bunga.
  3. Kemudian, cairkan agar-agar dgn air dan sirap buah laici diatas api. Tambah gula secukupnya. Titiskan sedikit pewarna merah jika mahu.
  4. Bila agar2 sudah cair, angkat dan tapiskan agar2.
  5. Tuangkan sedikit agar-agar ke dlm acuan agar agar. Kemudian letakkan laici yg telah digunting bentuk bunga tadi & ceri merah ditengahnya.
  6. Tuangkan lagi agar-agar sehingga penuh. Kemudian, boleh disejukkan.
  7. Boleh dimakan begitu saja ataupun dgn sos kastard.

    To see details please go to: http://www.myresipi.com/top/detail/5916

 

Kerang Masak Berapi

kerang3

Bahan-bahan :

  • 1kg kerang
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api
  • 3 helai daun saderi & daun bawang
  • sesudu minyak makan

Cara-cara

  1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati. Tutup api dan taburkan daun bawang dan saderi.

Puding Karamel Mudah

karamel3

Bahan-bahan : 

  • 7 biji telur (medium saiz)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 tin @ 350g susu cair
  • 1 penutup botol essen vanila
  • utk gula hangus: 2 cawan gula halus + 1/2 cawan air
  • puding cup secukupnya

Cara-cara

  1. susu cair, telur dan gula dipukul hingga semua sebati
  2. setelah sebati masukkan essen vanila
  3. masak gula hangus iaitu 2 cawan gula + 1/2 cawan air. masa masak kena kacau selalu supaya tidak terlalu hangus.
  4. bila gula tadi dah nampak kekuningan atau perang sedikit terus tutup api.
  5. masukkan satu sudu gula hangus ke dalam puding cup dan masukkan pula adunan susu cair, telur, gula dan essen vanila td ke atas gula hangus. ulang hingga habis
  6. sebelum kukus pastikan air kukusan sudah mendidih. maknanya masa nak mula buat karamel ni dah start panaskan air kukusan tu. kukus adunan td selama 10 minit. bila dah masak, biarkan dia suhu bilik dulu baru masukkan ke dalam peti ais utk rasa lebih sedap.

Koktail campur

kok

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung kastard. (Larutkan tepung kastard dgn air masak sedikit)
  • 1 tin koktail
  • Jelly
  • Buah ceri
  • Boleh tambah bahan2 lain..seperti agar2,buah laici,buah longan dll..

Cara-cara

  1. Larutkan gula bersama air masak. Larutkan gula sahaja. Jangan sampai mendidih.
  2. Masukkan susu cair. Kacau dan masukkan bancuhan tepung kastard td.
  3. Jangan sampai mendidih. Cuma panas sahaja.
  4. Masukkan semua bahan2 koktail n lain2. Tuangkan air td keatas bhn2 tersebut.
  5. Sejukkan dlm peti ais. Boleh jugak dimakan terus,cuma tmbhkan sedikit ais.

Puding Karamel

   

hid

Bahan-bahan :

  • 2 sudu gula (untuk karamel)
  • 1 gelas susu segar/ susu cair
  • 1 sudu susu pekat (optional)
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Masukkan gula ke dalan periuk, kacau selalu sehingga gula bertukar warna(menjadi warna perang). Tuang gula cair ke dalam acuan yang bersesuaian.
  2. Dlm mangkuk, satukan susu segar/cair, susu pekat dan telur. Gaul sebati. Tuang adunan ke atas gula cair tadi.
  3. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit.
  4. Sudah siap, kalau nak sedap, boleh masukkan ke dlm peti ais, makan ketika sejuk.

« Older entries